MARKNANN CHOREOLAB STUDIO adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan didaftarkan pada 06 September 2016 oleh Khairul Anuar Bin Zainudin. Anak kelahiran negeri Johor Darul Takzim yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Tari Koreografi dengan kepujian dari ASWARA (2016) menjalankan aktiviti syarikat secara persendirian bagi usaha meneruskan minat dan cintanya terhadap bidang seni tari di dalam bidang koreografi, pembelajaran dan pengajaran tari khususnya peringkat kanak-kanak di Malaysia.
Mempunyai pengalaman di dalam bidang seni tari dan teater bermula pada tahun 1997 dan bekerja sebagai artis budaya di Kumpulan Kesenian Negeri Selangor selama 18 tahun. Beliau pernah dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang Kerajaan Negeri Selangor (2009) dan pernah menjadi tenaga pengajar/jurulatih tari di Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru (2011-2013). Beliau telah melibatkan diri dengan pelbagai persembahan di dalam dan luar Negara yang melibatkan koreografi persembahan khususnya tradisional.
Beliau melibatkan diri di dalam pelbagai pertandingan tarian sebagai koreografer di dalam dan luar negara. Di antaranya pertandingan di peringkat kebangsaan seperti FESENI UNIVERSITI MALAYA (2015 hingga 2019), FESTARI PJ (2015 hingga 2019), FESCO UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (2012 hingga 2019) dan lain-lain. Turut melibatkan pertandingan di peringkat antarabangsa iaitu INTERNATIONAL DANCE COMPETITION AMSTERDAM DANCE OPEN 2019dan telah memenangi 11 kategori daripadanya Johan dan Naib Johan di dalam acara yang di pertandingkan.
Selain itu, beliau juga terlibat dengan pelbagai produksi seperti Dance of Malaysia 2014, Hang Li Po ASWARA (2015), Aduh Seroja ASWARA (2015), Main Zapin ASWARA (2016, 2017), Jalan Primadona (2016), Section By Station (2017), Teater Mek Mulung Hikayat Puteri 12 Beradik (2018), Gelombang Baru ASWARA (2019), Gelombang Rasa (2019)dan lain-lain.
Bakat disemula jadi beliau ini turut pernah dicalonkan di dalam kategori Best Costume Design, Styling & Make Up (Dance) di 12THBOH CAMERONIAN ARTS AWARD 2015 dan Best Costume Design, Styling & Make Up (Musical Theater) di 16THBOH CAMERONIAN ARTS AWARD 2018 di di Kuala Lumpur. Beliau telah memenangi kategori Best Costume Design, Styling & Make Up (Musical Theater) di 16THBOH CAMERONIAN ARTS AWARD 2018 di dalam produksi Teater Mek Mulung Hikayat Puteri 12 Beradik.

No comments:
Post a Comment