Kayrol MarkNann telah menghasilkan 4 buah karya rampaian tradisional di dalam pertandingan Festari PJ (2016 - 2019) yang telah ditarikan oleh Kumpulan Citra Lestari dari SMKP SRI AMAN di bawah pimpinan Cikgu Sabariah Abdullah. Di antara karya yang dihasilkan;
1. HIASAN SI BUNGA TANJUNG - 2016
KARYA :
HIASAN SI TANJUNG
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
ARTIS :
CITRA LESTARI - SMKP SERI AMAN PJ
ANUGERAH :
JOHAN FESTARI PJ 2016
BUSANA TERBAIK 2016
TARIAN :
ASLI & INANG
LAGU :
ASLI BUNGA TANJUNG & INANG BARU (SALOMA)
MUZIK :
IRINGAN ORCHESTRA MBPJ - YUZAIFULLAH
SEMPENA :
FESTARI PJ 2016
TARIKH :
08 FEBUARI 2016
TEMPAT :
DEWAN SIVIK MBPJ
SINOPSIS :
Persembahan dari Sekolah Menengah (P) Seri Aman Petaling Jaya adalah sebuah rampaian daripada tarian Asli dan Inang. Dalam persembahan tarian pergaulan masyarakat Melayu ini, tarian Asli Bunga Tanjung merupakan tarian yang dicipta berasaskan kepada lagu Asli Bunga Tanjung yang mana ia memaparkan suasana pergerakan lemah gemalai sekumpulan penari wanita menari yang sedang mengutip bunga tanjung di pagi hari untuk dijadikan hiasan dandanan rambut. Seterusnya tarian disulam dengan tari Inang Baru nyanyian Saloma ini merupakan ciptaan semula berdasarkan gerak-gerak tari Inang yang diolah bersesuaian dengan penciptaan lagu ini pada era tahun 50an, ia telah disusun mengikut kesesuaian iringan lagu pada masa kini. Terdapat dua tempo yang digunakan dalam tarian ini iaitu tempo perlahan dan laju. Tarian ini mengambarkan suasana suka-ria anak gadis bermain tari sambil menikmati kecantikan dan keharuman bau si bunga tanjung.
“Bungalah Tanjung putih berseri, Gugur sekuntum jatuh ke tanah, Dipakai oleh di anak gadis, hiasan di sanggul kanan dan kiri, penambah manis dipandang berseri.... Inang ditari berlagu merdu, manis dipandang gerak dan geri, tari melayu tidak kan mati ditarikan selalu hiburkan hati...
VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=cpTkEFvT8sg
2. HATIKU NAN MERINDU - 2017
HATIKU NAN MERINDU
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
ARTIS :
CITRA LESTARI - SMKP SERI AMAN PJ
ANUGERAH :
NAIB JOHAN FESTARI PJ 2017
BUSANA TERBAIK 2017
TARIAN :
ASLI & INANG
LAGU :
ASLI JALAK LENTENG & INANG SERINGGIT SI DUA KUPANG
MUZIK :
IRINGAN ORCHESTRA MBPJ - YUZAIFULLAH
SEMPENA :
FESTARI PJ 2017
TARIKH :
08 APRIL 2017
TEMPAT :
DEWAN SIVIK MBPJ
SINOPSIS :
Persembahan dari SMK (P) Sri Aman adalah sebuah tarian rampaian berentak Asli dan Inang yang memaparkan kehalusan dan kelincahan penari perempuan ketika menari. Tarian Asli Jalak Lenteng merupakan tarian yang dicipta berasaskan kepada lagu Asli Jalak Lenteng yang mana ia memaparkan suasana pergerakan lemah gemalai sekumpulan penari wanita yang sedang menari membawa payung sebagai prop menginterpetasikan rasa dan luahan sayu rindu pada pahlawan hatinya yang lama tidak berjumpa. Tarian seterusnya disulam dengan kelincahan tarian Inang Seringgit Si Dua Kupang dengan gerakan yang dinamik bertempokan kiraan perlahan dan laju yang menceritakan tentang kegembiraan dan keriangan ketika bersama kawan-kawan untuk menghilangkan rasa lara rindu di hati.
Gerakan pada tarian asli dan Inang ini merupakan ciptaan semula berdasarkan gerak-gerak tari yang diolah bersesuaian dengan penciptaan lagu ini pada era tahun 50an, ia telah disusun mengikut kesesuaian iringan lagu pada masa kini, kemudian diolah dan disesuaikan dengan gaya dan pola irama yang menarik.
Jalak lenteng pahlawan hatiku, bilalah kita dapat bertemu,
hatiku terkenang bertambah rindu, makan tak kenyang tidur tak lena,
kemana hati hendak ku bawa bersama rakan-rakan menghibur lara..
Jalak Lenteng marilah ke mari HIBURKAN HATIKU NAN SEDANG RINDU..
VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=4484kDgqX9o
3. SERI LANANG - 2018
KARYA :
SERI LANANG
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
ARTIS :
CITRA LESTARI - SMKP SERI AMAN PJ
ANUGERAH :
JOHAN FESTARI PJ 2018 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
TARIAN :
ZAPIN & INANG
LAGU :
ZAPIN PANGLIMA & INANG LANANG SI PAKU LANANG
MUZIK :
IRINGAN ORCHESTRA MBPJ - YUZAIFULLAH
SEMPENA :
FESTARI PJ 2018
TARIKH :
29 JULAI 2018
TEMPAT :
DEWAN SIVIK MBPJ
SINOPSIS :
SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya kali ini mempertaruhkan sebuah tari rampaian dari jenis Zapin dan Inang iaitu tarian Zapin Sri Bunian yang diiringi lagu Zapin Panglima nyanyian Norli Ismail dalam filem ‘Tunggal’ pada tahun 1969. Tarian ini merupakan sebuah tarian yang telah disusun semula daripada zapin yang berasal dari daerah Pontian, Johor.
Seterusnya tarian kedua disulam dengan tari inang Lanang si Paku Lanang nyanyian Nona Asiah pada tahun 1961 dalam filem “Si Tanggang”. Tarian ini merupakan sebuah ciptaan semula berdasarkan gerak tari Inang yang sedia ada dan telah diolah bersesuaian dengan penciptaan lagu ini. Terdapat dua penggunan tempo yang digunakan dalam tarian ini iaitu tempo perlahan dan laju.
Koreografi dalam tarian ini telah disusun mengikut kesesuaian iringan lagu pada masa kini. Keseluruhan tarian ini adalah menggambarkan suasana riang gembira anak-anak gadis yang sedang menarikan tari ‘Seri Lanang’ di majlis keraian menyambut tetamu.
VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=uUi-7qX2YUQ
4. SURI SURIRAM - 2019
KARYA :
SURI SURIRAM
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
ARTIS :
CITRA LESTARI - SMKP SRI AMAN PJ
ANUGERAH :
NAIB JOHAN FESTARI PJ 2019KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
TARIAN :
INANG & ZAPIN
LAGU :
INANG SURIRAM & ZAPIN NASIB BERUNTUNG
MUZIK :
IRINGAN ORCHESTRA MBPJ - YUZAIFULLAH
LAGU ASAL:
SURIRAM (OST TUN FATIMAH 1962) & ZAPIN NASIB BERUNTUNG (OST IMAN 1954)
SEMPENA :
FESTARI PJ 2019
TARIKH :
27 APRIL 2019
TEMPAT :
DEWAN SIVIK MBPJ
SINOPSIS:
SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya kali ini mempertaruhkan sebuah tari rampaian dari jenis Inang dan Zapin iaitu tarian berentak Inang dari lagu filem Tun Fatimah (1962) yang bertajuk SURIRAM. Tarian berentak Inang yang memaparkan kehalusan dan gerak gemulai penari perempuan ketika menari dengan gerakan yang dinamik bertempokan kiraan perlahan dan cepat. Seterusnya tarian ini disulam dengan lagu ZAPIN NASIB BERUNTUNG yang membawakan pergerakan Zapin Dayung yang menceritakan tentang kegembiraan dan keriangan ketika bermain serta bergurau senda anak-anak gadis untuk berhibur di anjung Suri.
VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=koRoRZu-GV0





No comments:
Post a Comment