KAYROL MARKNANN telah menghasilkan 9 karya yang telah mendapat tempat di hati juri di dalam acara pertandingan FESCO (Festival Colour Of Malaysia) di UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, Tronoh Perak.
Antara Karya Yang di pertaruhkan;
2012
1. TARI BERKASIH
KARYA :
TARI BERKASIH
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
ARTIS :
SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR BAHRU
ANUGERAH :
GOLD WITH HONOURS 96/100 MARK - FESCO 2012
LAGU :
ORKESTRA RTM 2004
SEMPENA :
FESTIVAL OF COLOUR OF THE WORLD (FESCO 2012)
TARIKH :
07 APRIL 201
TEMPAT :
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
VIDEO;
https://www.youtube.com/watch?v=MM4SGnG7JQ0&t=291s
Ini adalah koreografi sulung aku untuk pertandingan.. Alhamdulillah.. Peroleh kejayaannya.. Festival of Colours of the World atau FESCO 2012 yg diadakan di University Teknology Petronas pada 6-7 April 2012. Satu-satunya sekolah yang menyertai pertandingan di sini bertaruh bersama 33 buah universiti dalam dan luau negara. Dance Tari Berkasih by Sekolah Seni Johor Bahru, obtained the highest mark during the afternoon session with the marks of 96/100. there is a huge marks of talent at such young generation.. congratulation !! Izzah, Wani, Kechik, Cik Lang, Nisa, Ain, Kavita, Ijlal, Isma, Ijam, Faris, Shahril, Izzat, dan Aiman.. Ayahanda berbangga dengan kamu semua..
2014
2. TARI BUNGA TANJUNG HATI
KARYA:
TARI BUNGA TANJUNG HATI
ANUGERAH:
NAIB JOHAN - TARIAN KREASI RAMPAIAN TRADISIONAL
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
MUZIK :
ORKESTRA RTM 2004
ARTIS :
Pelajar ASWARA Diploma Tahun 2
TEMPAT:
Dewan Muzium Negara
TARIKH:
29 MAC 2014
SEMPENA:
FESTIVAL OF COLOURS OF THE WORLD (FESCO 2014 UTP)
SINOPSIS :
KAZ Setanjak D'Group ASWARA Tari Bunga Tanjung Hati FESCO 2014- First Prize Penari Pelajar ASWARA Diploma Tahun 2
VIDEO;
https://www.youtube.com/watch?v=FbHNXO9a1lI
2016
3. PERAHU KAYUH
4. HIASAN SI TANJUNG IDAMAN

KARYA:
PERAHU KAYUH
ANUGERAH:
1. WINNER FESCO 2016 NEW CREATION CHILDREN DANCE
2. BEST CHOREOGRAPHY NEW CREATION CHILDREN DANCE
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
MUZIK :
Perahu Kayuh - White Percussion Unit
ARTIS :
Ekatari - Pelajar SK PUTRAJAYA PRESINT 9(1)
TEMPAT:
CHANSELLOR HALL, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
TARIKH:
16 APRIL 2016
SEMPENA:
FESTIVAL OF COLOURS OF THE WORLD (FESCO 2016 UTP)
SINOPSIS :
“PERAHU KAYUH”.. Sebuah tarian garapan baharu berteraskan tari kanak-kanak adalah sebuah tarian yang berasaskan daripada pergerakan-pergerakan dalam tarian Joget Melayu seperti gaya tangan Mendayung, Kunang-Kunang Mabuk dan Gerakan Asas Kaki. Secara keseluruhanya tarian kreasi kanak-kanak ini telah diolah dengan pergerakan yang diambil daripada suasana dan persekitaran masyarakat persisiran pantai di Kelantan. Di dalam versi tari kanak-kanak ini terdapat pergerakan bebas dan tidak terikat, namun ia masih bersandarkan kepada budaya masyarakat Timur. Pergerakan dalam karya ini terlahir dengan mengeksperasikan cara perbuatan seperti gerakan Mendayung Terbalik, Gerakan Berombak dan Gerakan Tandak Bersauk. Persembahan tari kreasi baru ini bukan sahaja memaparkan bentuk tari asalnya tetapi ia juga telah dikembangkan dengan bentuk koreografi masa kini mengikut keperluan sebuah garapan penciptaan dalam karya kreasi baru tari kanak-kanak. Ayuh perahu ku maju…. Maju la kau sederas angin Turun menjala mencari tangkapan … agar keluarga ku bersenang hati Ayuh meluncur ke dada pantai, lautan indah jadi hiburan Ayuh perahu ku kita berkolek, berkolek-kolek di atas air Rakan dan teman jadi penghibur, perahu ku kayuh jadi mainan.
VIDEO;
https://www.youtube.com/watch?v=2NRU0iV73xk
KARYA:
HIASAN SI TANJUNG IDAMAN
ANUGERAH:
TEMPAT KE 3 - TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (IPTS)
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
MUZIK :
BUNGA TANJUNG & INANG BARU
ARTIS :
UNITEN
TEMPAT:
CHANSELLOR HALL, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
TARIKH:
16 APRIL 2016
SEMPENA:
FESTIVAL OF COLOURS OF THE WORLD (FESCO 2016 UTP)
SINOPSIS :
VIDEO;
https://www.youtube.com/watch?v=ojaX6akm1zo
2018
5. ANAK UWEK
6. SERT
KARYA:
ANAK UWEK
ANUGERAH:
NAIB JOHAN - TARIAN KREASI BARU KANAK-KANAK
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
MUZIK :
AYUN BUAI KOKEK & ITIK GEMBO-GEMBO
ARTIS :
JEMARI TARI SK TAMAN MEGAH
TEMPAT:
CHANSELLOR HALL, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
TARIKH:
06 JULAI 2018
SEMPENA:
FESTIVAL OF COLOURS OF THE WORLD (FESCO 2018 UTP)
SINOPSIS :
Sebuah tarian garapan baharu berdasarkan lagu “Ayun Buai Kokek” dan “Itik Gembo-gembo” berteraskan tari kanak-kanak adalah sebuah tarian yang diolah berasaskan daripada pergerakan dalam tarian inang. Secara keseluruhannya tarian kreasi kanak-kanak ini telah diolah dengan pergerakan yang diambil daripada suasana dan persekitaran masyarakat sekeliling anak kecil ketika bermain diwaktu petang. Di dalam versi tari kanak-kanak ini terdapat pergerakan bebas dan tidak terikat, namun ia masih bersandarkan kepada budaya masyarakat Timur. Pergerakan dalam karya ini terlahir dengan mengeksperasikan cara perbuatan seperti gerakan Membuai Anak, Timang Anak, Mengejek, Itik Berjalan, Itik Mengepak dan Itik Menyudu. Persembahan tari kreasi baru ini bukan sahaja memaparkan bentuk tari asalnya tetapi ia juga telah dikembangkan dengan bentuk koreografi masa kini mengikut keperluan sebuah garapan penciptaan dalam karya kreasi baru tari kanak-kanak.
VIDEO;
https://www.youtube.com/watch?v=ucNYY82xeqU
KARYA:
SERT
ANUGERAH:
TEMPAT KE TIGA - TARIAN KREATIF MALAYSIA (IPTA)
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
MUZIK :
THAILAND - MALAYSIA MUSIC
ARTIS :
KOLEJ KEDIAMAN TUN AHMAD ZAIDI (KK10)
TEMPAT:
CHANSELLOR HALL, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
TARIKH:
06 JULAI 2018
SEMPENA:
FESTIVAL OF COLOURS OF THE WORLD (FESCO 2018 UTP)
SINOPSIS :
SERT bermaksud “Kecopongku” adalah sebuah tarian garapan kreatif berdasarkan Nora (Nogha) dari tari Menora dalam komuniti etnik Siam Malaysia yang terdapat di Tumpat, Kelantan. Dalam persembahan ini penggunaan pergerakan bebas dan tidak terikat yang masih bersandarkan kepada budaya masyarakat Timur mengeksperasikan rasa kegembiraan dan keseronokan si pemakai kecopong bergembira setelah berjaya dianugerahkan kecopong Menora dalam upacara “Phithi Khrob Sert” atau “acara menudung kecopong”. Secara terasnya, tarian ini telah diolah dan dikreatifkan daripada 12 gerak asas dalam Nora iaitu Wai Kru (Sembah Guru), Taka Kwai (Tanduk Kerbau), Kwang Dok Mai (Bunga), Ta Pa Dien Dong (Kijang Berjalan Dalam Hutan), Cang Sang Wanya (Gajah Lambung Belalai), Sap Plat Tong San (Raksasa Memanah), Tha Kinom (Terbang), Ram Tan Hong (Manusia Berbadan Burung), Kratai Com Contra (Arnab Berlompat).
Keseluruhannya persembahan tari kreatif ini bukan sahaja memaparkan bentuk tari asalnya, malahan ia juga telah dikembangkan dengan bentuk koreografi masa kini mengikut keperluan sejajar sebuah garapan penciptaan tarian kreatif.
VIDEO;
https://www.youtube.com/watch?v=Bd4MMUeib0I
2019
7. DAYUNGAN ARJUNA
8. RATU LEPA
9. AJUK SI BANGAU


KARYA :
DAYUNGAN ARJUNA
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
ARTIS :
UNITEN
ANUGERAH :
TEMPAT KE-2 FESCO 2019 KATEGORI SEKOLAH IPTS
TARIAN :
TARIAN RAMPAIAN KREASI BARU TARI PERGAULAN MELAYU
LAGU :
ZAPIN SELOKA KASIH & INANG GEMBIRA
SEMPENA :
FESTIVAL OF COLOUR OF THE WORLD (FESCO 2019)
TARIKH :
06 JULAI 2019
TEMPAT :
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
SINOPSIS:
Sebuah persembahan Rampaian Tari Kreasi daripada tarian Zapin dan Inang. Dalam persembahan tarian pergaulan Masyarakat Melayu ini, tarian “Dayungan Arjuna” merupakan sebuah tarian yang dicipta berasaskan kepada pergerakan mendayung sampan dengan memaparkan suasana pergerakan sekumpulan penari lelaki menari yang sedang mendayung membawa pujaan hati menaiki sampan untuk berseloka kasih bersama. Seterusnya tarian disulam dengan tari Inang gembira ini merupakan ciptaan semula berdasarkan gerak tari inang yang diolah bersesuaian dengan pergerakan mendayung. Tarian ini mengambarkan suasana suka-ria dan usik-mengusik arjuna dengan kekasihnya apabila berjumpa sambil menikmati kehidupan sebagai pasangan bercinta.
VIDEO;
https://www.youtube.com/watch?v=BgERDXeC0is
KARYA :
RATU LEPA
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
ARTIS :
CITRA LESTARI - SMK (P) SRI AMAN
ANUGERAH :
TEMPAT KE-3 FESCO 2019 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
TARIAN :
TARIAN KREASI BARU TARI ETNIK MALAYSIA
LAGU :
JASNIE MOOD YAAKUB
SEMPENA :
FESTIVAL OF COLOUR OF THE WORLD (FESCO 2019)
TARIKH :
06 JULAI 2019
TEMPAT :
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
SINOPSIS:
“Ratu Lepa” sebuah tarian garapan baharu berdasarkan sebuah tarian yang diolah berasaskan daripada pergerakan tarian dari suku kaum Bajau Semporna. Secara keseluruhannya Tarian Kreasi Baru etnik Malaysia ini diinpirasikan daripada suasana anak-anak gadis Bajau yang akan menjadi ratu menaiki perahu sebelum bermulanya perarakan perahu berhias berlangsung. Tarian Kreasi Ratu Lepa ini mengambil pergerakan daripada tari Igal-igal Tabawan, gerakan ini diambil, diolah dan disesuaikan dengan karya tari yang dicipta. Berkonsepkan memijak air bagi sekumpulan puteri di persisiran laut jelas kelihatan dari raut muka sekumpulan puteri tersebut bersuka ria dan bersemangat sebelum menyambut pesta perahu berhias. Persembahan tari Kreasi Baru ini telah dikembangkan dengan bentuk koreografi masa kini. Namun masih bersandarkan kepada budaya masyarakat timur Sabah, mengikut keperluan sebuah garapan penciptaan dalam karya Kreasi Baru.
VIDEO;
https://www.youtube.com/watch?v=ylzOrBHNKIc
KARYA :
AJUK SI BANGAU
KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN
ARTIS :
JEMARI TARI - SK TAMAN MEGAH PJ
ANUGERAH :
TEMPAT KE-4 FESCO 2019 KATEGORI SEKOLAH RENDAH
TARIAN :
TARIAN KREASI BARU TARI KANAK-KANAK
LAGU :
BANGAU OH BANGAU - AISHAH
SEMPENA :
FESTIVAL OF COLOUR OF THE WORLD (FESCO 2019)
TARIKH :
06 JULAI 2019
TEMPAT :
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
SINOPSIS:
"Ajuk Si Bangau” adalah sebuah tarian garapan baharu berdasarkan lagu “Bangau Oh Bangau” berteraskan tari kanak-kanak yang berasaskan daripada pergerakan dalam Tarian Piring dan Randai. Gerakan Tarian Piring dan Randai ini menjadi tunjang kepada pengolahan gerak yang dihasilkan. Secara keseluruhannya, tari kanak-kanak ini telah diolah dengan meniru pergerakan sekumpulan bangau yang terbang, mematuk makanan, berjalan di sekitar sawah bendang. Pergerakan dalam karya ini juga melahirkan eksperasi dan memperlihatkan kegirangan suasana dan persekitaran masyarakat sekeliling anak kecil ketika bermain di halaman rumah dan bendang bersandarkan kepada budaya masyarakat Minangkabau Negeri Sembilan. Persembahan tari kanak-kanak ini bukan sahaja memaparkan bentuk tari yang bebas dan tidak terikat serta telah dikembangkan dengan bentuk koreografi masa kini mengikut keperluan sebuah garapan penciptaan dalam karya baharu tari kanak-kanak.
VIDEO;
https://www.youtube.com/watch?v=BpiDAFiwntk
SILA KOMEN.
ReplyDelete