Thursday, November 5, 2020

KARYA LANTAI CILIK 3 (RTM) 2015 OLEH KAYROL MARKNANN

    Kayrol MarkNann telah menghasilkan 7 buah karya di dalam program pertandingan realiti televisyen RTM Lantai Cilik Musim Ke-3 telah mendapat tempat Naib Johan Lantai Cilik 3 (2015) bersama Kumpulan EKATARI - SK PUTRAJAYA PRESINT 9(1). Malam Kemuncak Lantai Cilik Musim 3 telah berlangsung di Panggung Seri Kompleks JKKN Negeri Melaka, Ayer Keroh Melaka pada 19 September 2015.



    Program realiti televisyen 'Lantai Cilik' merupakan sebuah program realiti televisyen yang mengetengahkan pertandingan mencari juara tarian tradisional dan kontemporari di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berusia 12 tahun ke bawah ini merupakan hasil kerjasama erat di antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Kementerian Pendidikan Malaysia.
    Untuk musim ketiga, 'Lantai Cilik 3' menampilkan sedikit kelainan dengan menggunakan media baru sebagai kaedah pemilihan peserta. Para peserta dipilih berdasarkan video tarian yang dimuat naik ke laman Facebook fanpage 'Lantai Cilik' dan ternyata, kaedah ini berjaya memendekkan tempoh rakaman di samping menjimatkan kos penerbitan.
    Bertempat di Balai Perdana, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya rakaman episod pengenalan 'Lantai Cilik 3', yang menampilkan kumpulan Sutra Budaya (SK Bandar Pontian, Johor), Sutra Dana (SK Siol Kanan, Sarawak), Seri Melati (SK Seri Melati, Johor), Sri Tunas Petra (SK En Buyong, Sarawak) Tunas Pancawarna (SK Tarcisian Convent, Perak), dan Ekatari (SK Precint 9, Putrajaya).
    Program ini turut menampilkan Muza Mohamad dan Kaka Azraff sebagai hos di samping juri tetap iaitu Arja Lee, serta Juhara Ayub yang akan bergilir dengan Vanida Imran, dan Zulkarnain Ramli. Program ini ditayangkan di kaca televisyen pada 8 Ogos 2015, jam 4.00 petang di TV2.


EKATARI


    Ekatari sebuah kumpulan kelab kebudayaan SK PRISENT 9(1) Putrajaya dibawah penyelarasan cikgu Jamilah Mat Zain dan cikgu Azlan Jali. Saya Kayrol MarkNannn selaku koreografer untuk merealisasikan impian mereka di dalam program Lantai Cilik 3 secara tidak sengaja di RTM.

Untuk maklumat lanjut sila ke link Ekatari;
http://ekatariskpp91.blogspot.com/2015/09/
https://www.facebook.com/ekatari.putrajaya

Wajah anak-anak Ekatari yang telibat di dalam LANTAI CILIK 3 (2015)



KARYA LANTAI CILIK 3 (2015)

Setiap karya yang dihasilkan mempunyai TEMA dan KATEGORI yang syaratkan di dalam pertandingan Lantai Cilik 3 di dalam masa selama 4 hari sahaja.

EPISOD 1 
Pengenalan Kumpulan Eka Tari



EPISOD 2


1. ANAK KEMAHANG
Kategori Kreasi Tema Alam

SINOPSIS;

"Anak Kemahang" merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai anak keladi atau nama saintifiknya colocosia esculenta. Garapan karya baharu ini berasaskan dari gerak tari dan muzik gamelan namun diserapkan identiti tumbuhan ini dalam bentuk penghasilan karya kontemporari.


VIDEO;

https://www.youtube.com/watch?v=xf7lGBeXwQw


2. JOGET MEMUJUK

Kategori Tradisional Tema Bebas

SINOPSIS;

“Joget Memujuk” - Sebuah tarian pergaulan sosial masyarakat di antara uda dan dara dalam berpasangan.

 

VIDEO;

https://www.youtube.com/watch?v=o0JRmxE6sg0



EPISOD 4


3. NGADA SANG DOL
Tema Bebas

 

SINOPSIS;

“Nagada Sang Dol” - Sebuah tarian keramaian masyarakat india.


VIDEO; 

https://www.youtube.com/watch?v=t5_oQ3SoXWg


4. XIAO YU
Tema Bebas

 

SINOPSIS;

"Xiao Yu" merupakan perkataan bahasa cina yang bermaksud ikan kecil. Garapan karya baharu ini berasaskan dari gerak tari dan muzik cina serta  diserapkan pergerakan sekumpulan ikan kecil yang berenang di permukaan air secara berpusar. Unsur bulatan yang sinonim dengan masyarakat cina telah di gabung di dalam Xiao Yu.


VIDEO;                                                                                                                 

https://www.youtube.com/watch?v=8R-A53UzTGA



EPISOD 5 (SEPARUH AKHIR)


5. RADIO ANAK PRIBUMI
Kategori Etnik Tradisional Tema Bebas 

SINOPSIS;

Garapan karya baharu ini berasaskan tarian masyarakat pribumi di dalam pergaulan anak-anak pribumi yang sedang bermain. Walaupun kenakalannya menyebabkan kemarahan kawan sejagat, namun masih tetap bersama.


VIDEO; 

https://www.youtube.com/watch?v=PnGiIi0Vx-A



 

EPISOD MALAM KEMUNCAK AKHIR


6. EMOK-EMOK
Tema Tarian Lagu-lagu Rakyat

SINOPSIS;

Garapan tarian rakyat yang berasaskan permainan jiwa kanak-kanak perempuan yang ingin menjadi seorang emak ketika bermain dan kanak-kanak lelaki dengan permainannya sehingga lewat petang.


VIDEO; 

https://www.youtube.com/watch?v=sWeqLJtgwcc


 

7. ALAMAT

Tema Tarian Kreasi Berkonsepkan Mitos dan Lagenda Kepahlawanan 

 

SINOPSIS;

Sebuah pelayaran Tuah yang membawa mimpi pertarungan Kebayan dan pertaruhan Puteri Ledang. Apakah petanda buruk yang akan berlaku dan adakah pelayaran ini diteruskan?


VIDEO; 

https://www.youtube.com/watch?v=RWE0pQqGmr4



FOTO KENANGAN PERJALANAN KAYROL MARKNAN BERSAMA EKATARI DI MALAM KEMUNCAK LANTAI CILIK 3











































No comments:

Post a Comment

9 KARYA TARIAN SEMPENA FESCO DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

     KAYROL MARKNANN telah menghasilkan 9 karya yang telah mendapat tempat di hati juri di dalam acara pertandingan FESCO (Festival Colour ...