Tuesday, November 3, 2020

TARIAN KREATIF MALAYSIA - FESENI UNIVERSITI MALAYA OLEH KAYROL MARKNANN

 
   TARIAN KREATIF adalah satu bentuk seni yang menggambarkan ekspresi diri yang unik dimana menggabungkan pergerakan beritma, dan nilai estatik bagi menyampaikan idea (Marcia Llyod, 2014). Tarian kreatif juga dilihat sebagai alat pengajaran dan pembelajaran dalam pemahaman dan penerokaan penari. Perkembangan tari kreatif di Malaysia tidaklah serancak perkembangan di luar negara. Tari kreatif di Malaysia jarang dilaksanakan di peringkat rendah atau lebih tinggi, konteks dan pemahaman tari kreatif di Malaysia juga berbeza. Perlaksanaan tari kreatif di Malaysia banyak merujuk kepada konteks pertandingan. Melalui pemerhatian, tari kreatif di Malaysia dapat di nyatakan adalah satu bentuk tarian yang mempunyai naratif, ada tema yang digunakan dalam pembentukan tarian tersebut dan pergerakan kreatif dicipta berdasarkan tema yang diberi (Fauzi Selo, 2019).

    Kayrol MarkNann telah menghasilkan 3 buah karya tartan kreatif di dalam pertandingan FESENI UNIVERSITI MALAYA iaitu;


1. SI KENONG EMAS


KARYA:
SI KENONG EMAS

ANUGERAH:
1. JOHAN KATEGORI TARIAN KREATIF MALAYSIA
2. KOREOGRAFI TERBAIK KATEGORI TARIAN KREATIF MALAYSIA

KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN

MUZIK :
RHYTHM IN BRONZE New Music For The Malay Gamelan

ARTIS :

KOLEJ KEDIAMAAN KESEMBILAN (KK9) - KUMPULAN TARI9

TARIKH:
09 MAC 2016

TEMPAT:
DEWAN TUNKU CANSELOR UM

SEMPENA:
FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA (FESENI 17 UM)

BAHAN TARIAN TRADISI :
TARIAN GAMELAN MELAYU

SINOPSIS :

    Tarian Kreatif “Si Kenong Emas” adalah sebuah tarian yang berlandaskan bahan tradisi dari Negeri Terengganu iaitu “Tarian Gamelan Melayu”. Tarian ini menceritakan tentang suasana kumpulan-kumpulan ikan yang dikenali sebagai “Si Kenong Emas” yang sedang bermain didalam kolam di sebuah Istana Kolam. Dengan menggunakan pergerakan asas yang ada tarian gamelan Melayu seperti Kenong Kaki, Campak layang dan Campak Sambut Gong, persembahan tari kreatif ini bukan sahaja memaparkan bentuk tari asalnya tetapi ia juga telah dikembangkan dengan bentuk koreografi masa kini mengikut keperluan sebuah penciptaan tradisi baru. 

Bila dialun sang lagu merdu, 
Digamel perut Kenong, 
Bila dicampak selendang mayang, 
Menyahut teriakan sang gong agong, 
Timbulah wahai ikan-ikan emas ku….. 
“Si Kenong emas” menghiburkan hati adindaku Tengku Mariam.. 

Video:
https://www.youtube.com/watch?v=RVNJPzFGqkc



2. SI KUSUMU SEROJA


KARYA:
SI KUSUMA SEROJA

ANUGERAH:
TEMPAT KETIGA

KOREOGRAFER :
KAYROL MARKNANN

MUZIK :
RHYTHM IN BRONZE (New Music For The Malay Gamelan)

ARTIS :
KOLEJ KEDIAMAN TUN AHMAD ZAIDI (KK10)

TEMPAT:
KOMPLEKS PERDANA SISWA UM

TARIKH:
22 MAC 2017

SEMPENA:
FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA (FESENI 17 UM)

BAHAN TARIAN TRADISI : 
TARIAN GAMELAN MELAYU / CINA

SINOPSIS :

    Kembang sakti “Si Kusuma Seroja” menceritakan tentang Kitaran bunga seroja (teratai) yang hidup dipermukaan air bersama-sama sekumpulan kecil ikan-ikan yang hidup di bawahnya. Perhubungan di antara ikan dan bunga seroja (teratai) saling berkait rapat bagi hubungan timbal balik tidak terpisahkan antara satu sama lain menyokong kitaran kehidupan di dalam air. Tarian yang berlandaskan bahan tradisi dari Negeri Terengganu iaitu “Tarian Gamelan Melayu” berinspirasi dari pergerakan asas seperti Buka Sembah, Kenong Kaki, Melemak, Mengayak dan Campak Melayah digarap membentuk sebuah tarian kreatif yang menjadikan bunga seroja dan ikan emas sebagai medium penceritaan. 

    Persembahan tari kreatif dalam ini bukan sahaja memaparkan bentuk tari asalnya tetapi cuba dikembangkan dengan menggunakan eleman kecinaan dari segi lagu, kostum dan props. Bentuk koreografi juga diubah mengikut keperluan sebuah penciptaan tradisi baru berdasarkan cerita dan eleman yang dijalin. 

Kulihat langit hijau nirmala, bertabur bintang berseri nilam. 
Bintang kejora timbul bersama intan kemala, menyinari bumi di tasik nan permai,
Aduhai kekasihku Kusuma Seroja di mana bersama gerangan intan berkilau,
Bila dialun sang lagu merdu, digamel kepala si bonang, lalu..
Kau sahutlah teriakan sang Gong Agong, 
Timbulah wahai ikan emas ku, dicelahan kembang sakti kusuma serojaku, 
Bermainlah dikau bersama bunga kesayanganku,
Melayurkan rinduku menanti kepulangan jiwa ragaku, 
Tengku Sulaiman Badrul Alam Shah.

Video:
https://www.youtube.com/watch?v=fmhUEu-zDck



3.  SUAM SERT


KARYA:
SUAM SERT 

ANUGERAH:
NAIB JOHAN - TARIAN KREATIF

KOREOGRAFER : 
KAYROL MARKNANN 

MUZIK :
THAILAND MUSIC

ARTIS : 
KOLEJ KEDIAMAN TUN AHMAD ZAIDI (KK10)

TEMPAT:
DEWAN TUNKU CENSELOR UM

TARIKH:
13 MAC 2018


SEMPENA:
FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA (FESENI 17 UM)

BAHAN TARIAN TRADISI : 
TARIAN MANORA

SINOPSIS :

    ‘SUAM SERT’ bermaksud “PAKAILAH KECOPONG” Sebuah tarian garapan kreatif berteraskan tarian Nora (Nogha) dari persembahan Menora dalam komuniti etnik Siam Malaysia yang terdapat di Tumpat, Kelantan. Tarian ini telah diolah berasaskan daripada 12 gerak asas dalam Nora iaitu Wai Kru (Sembah Guru), Taka Kwai (Tanduk Kerbau), Kwang Dok Mai (Bunga), Ta Pa Dien Dong (Kijang Berjalan Dalam Hutan), Cang Sang Wanya (Gajah Lambung Belalai), Sap Plat Tong San (Raksasa Memanah), Tha Kinom (Terbang), Ram Tan Hong (Manusia Berbadan Burung), Kratai Com Contra (Arnab Berlompat).

    Secara keseluruhanya tarian ini berlatarkan semasa suasana hari memakai kecopong untuk penuntut Menora yang telah berjaya menamatkan ujian pembelajaran bersama guru Menora mereka iaitu “Phithi Khrob Sert” atau “acara menudung kecopong”. Pada asalnya acara ini hanya boleh dijalankan ditepi sungai/ pantai / dirumah Guru Menora sebagai penutup acara untuk membenarkan si penuntut melakukan persembahan tanpa bimbingan gurunya. Dalam persembahan ini terdapat pergerakan bebas dan tidak terikat, namun ia masih bersandarkan kepada budaya masyarakat Timur yang mengeksperasikan rasa kegembiran dan keseronokan si pemakai kecopong bergembira setelah berjaya dianugerahkan kecopong Menora.

    Persembahan tari kreatif ini bukan memaparkan bentuk tari asalnya tetapi ia juga telahdikembangkan dengan bentuk koreografi masa kini mengikut keperluan sebuah garapan penciptaan tarian kreatif.

Video:
https://www.youtube.com/watch?v=JJf_0PvzW6o



1 comment:

9 KARYA TARIAN SEMPENA FESCO DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

     KAYROL MARKNANN telah menghasilkan 9 karya yang telah mendapat tempat di hati juri di dalam acara pertandingan FESCO (Festival Colour ...