Wednesday, October 28, 2020

TARIAN PERAHU KAYUH - TARI KREASI BARU KANAK-KANAK 2016


    Tarian PERAHU KAYUH merupakan sebuah tarian kreasi baru kanak-kanak yang telah dicipta pada tahun 2016 oleh Kayrol MarkNann. Sebuah tarian yang telah dipertandingkan di dalam satu acara pertandingan tarian “Festival Of olour Of The World” (FESCO) pada 16 April 2016 di Universiti Teknologi Petronas. Tarian yang telah menjulang angerah Winner FESCO 2016 New Creation Children Dance & Best Choreography New Creation Children Dance bagi kategori Tarian Kreasi Baru Kanak-kanak. Tarian ini telah ditarikan oleh kumpulan Ekatari dari pelajar-pelajar SK Putrajaya Presint 9(1) di bawah seliaan Cikgu Azlan Bin Jali.



    Tarian Perahu Kayuh adalah sebuah tarian penciptaan dan garapan baharu berteraskan tari kanak-kanak. Sebuah tarian yang berasaskan daripada pergerakan-pergerakan dalam tarian Joget Melayu seperti gaya tangan Mendayung, Kunang-Kunang Mabuk dan Gerakan Asas Kaki dengan iringan lagu dari White Percussion Unit berjudul Perahu Kayuh. Sebuah lagu yang berentak dan berunsurkan daripada lagu pantai timur seperti dikir barat. Tarian yang ditarikan seramai 12 anak-anak kecil penari asal yang terdiri daripada 7 lelaki dan 5 perempuan yang berlingkungan umur di antara 7 tahun hingga 10 tahun. Persembahan jemputan di dalam 2nd International Music and Performing Arts Conference (IMPAC 2016) pada 22 November 2016 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).



    Secara keseluruhanya tarian kreasi kanak-kanak ini telah diolah dengan pergerakan yang diambil daripada suasana dan persekitaran masyarakat persisiran pantai di Kelantan. Di dalam versi tari kanak-kanak ini terdapat pergerakan bebas dan tidak terikat, namun ia masih bersandarkan kepada budaya masyarakat Timur. Pergerakan dalam karya ini terlahir dengan mengeksperasikan cara perbuatan seperti gerakan Mendayung Terbalik, Gerakan Berombak dan Gerakan Tandak Bersauk. Persembahan tari kreasi baru ini bukan sahaja memaparkan bentuk tari asalnya tetapi ia juga telah dikembangkan dengan bentuk koreografi masa kini mengikut keperluan sebuah garapan penciptaan dalam karya kreasi baru tari kanak-kanak.




   

    Karya Tarian Perahu Kayuh sekali lagi dipertandingkan di dalam acara Karnival Maths Tari 3.0 peringkat Kebangsaan pada 21 November 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapat tempat Johan Tarian Kreasi Lagu Rakyat 2018 dan Koreografi Terbaik 2018. Juga dipersembahkan di dalam acara International Conference on Dance Education 2018 (2nd ICONDE 2018) oleh Kumpulan Dirgahayu Tari dari pelajar SK Taman Medan PJ dibawah selian Cikgu Hasif ZB. Penari Perahu Kayuh 2.0 seramai 12 pelajar SK Taman Medan yang terdiri daripada 6 lelaki dan 6 perempuan.






    Selain itu, karya Tarian Perahu Kayuh 3.0 ini juga telah membuat persembahan pada tahun 2019 di dalam sebuah produksi Gubahan Tari Tradisi ASWARA 2019 yang berlangsung pada 01-03 Mac 2019 di Panggung Eksperimen Akademi Seni Budaya Dan Kebangsaan (ASWARA) oleh kumpulan Jemari Tari dari pelajar SK Taman Megah PJ. Penari Perahu Kayuh 3.0 seramai 10 pelajar yang terdiri daripada 4 lelaki dan 6 perempuan. 
Pada tahun 2020, tarian Perahu Kayuh ini telah dipertandingkan diperingkat antarabangsa di Vienna Austria secara berpasangan (Duo). Telah mendapat tempat naib johan bagi kategori kanank-kanak (Duo) di INTERNATIONAL DANCE COMPETITION "VIENNA DANCE OPEN 2020" pada 8 Febuari 2020. Ditarikan oleh Eihsan Bin Razman (10 Tahun) bersama Niya Khaleesa Bt Nazrul Shafwan (12 Tahun) dari Kumpulan Jemari Tari.









RAGAM TARI PERAHU KAYUH

Perahu Kayuh mempunyai 5 ragam asas di dalam pergerakan iaitu;

1. Dayung Terbalik

2. Ombak Besar / Kecil

3. Mabuk Laut

4. Tandak Air

5. Sauk


Ragam pergerakan mengikut gender lelaki dan perempuan;

1. Lelaki

      1. Dayung Terbalik (1X8)
      2. Ombak Besar (1X8)
      3. Mabuk Laut (1X4)
      4. Sauk (1X8)
      5. Tandak Air (1X8)

2. Perempuan
      1. Dayung Terbalik Versi Satu (1X8)
      2. Dayung Terbalik Versi Dua (1X8)
      3. Ombak Kecil (1X8)
      4. Tandak Air (1X4)
      5. Mabuk Laut (1x4)

VIDEO RAKAMAN


1. Perahu Kayuh 2016
https://www.youtube.com/watch?v=2NRU0iV73xk

2. Perahu Kayuh 2.0
https://www.youtube.com/watch?v=-t5wci7EjUE





 

1 comment:

  1. 1. Tarian PERAHU KAYUH 2016 - EKATARI
    2. Tarian PERAHU KAYUH 2.0 - DIRGAHAYU TARI
    3. Tarian PERAHU KAYUH 3.0 - JEMARI TARI

    ReplyDelete

9 KARYA TARIAN SEMPENA FESCO DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

     KAYROL MARKNANN telah menghasilkan 9 karya yang telah mendapat tempat di hati juri di dalam acara pertandingan FESCO (Festival Colour ...